Pada 3 Disember 2025, National Integrated College (NIC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam program rekrutmen pelajar Diploma bermula Januari 2026.
Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Presiden NIC, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod dan Presiden PVTLDM, Kdr Khairil Hariss Khairuddin TLDM (Bersara), manakala Ketua Eksekutif NIC, Encik Zuraimy Abd Ghani dan wakil YDP PVTLDM Cawangan Kuala Lumpur, Lt. Nor Aliza Datuk Hj. Ali TLDM (Bersara), bertindak sebagai saksi. Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah ini ialah YB Dato’ Sri Noorul Azali Sulaiman dan Puan Azizah Shafei.
Kerjasama ini bertujuan memperluas akses pendidikan berkualiti, memberi peluang kepada anak-anak veteran TLDM serta masyarakat umum, dan memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dengan komuniti veteran. Usaha ini dijangka meningkatkan kadar kemasukan pelajar serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.
